Tempatan

Video Tular: Peniaga Durian Dirompak & Diacukan Pistol, Individu Diburu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BENTONG, 03 Ogos 2023 – Polis memburu seorang individu yang melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang peniaga durian tepi jalan di Bentong, Pahang.

“Pada 2 Ogos 2023 (Rabu) jam lebih kurang 4.44 petang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menerima satu aduan berlaku satu kejadian rompakan melibatkan sebuah gerai menjual durian di tepi jalan berhampiran kawasan perindustrian Benus, Bentong, Pahang.”

BACA JUGA: AMARAN SCAM: Waspada Helah Sindiket Penipuan Hantar E-Mel Guna Logo PDRM

BACA JUGA: PRN: Penulis Dedah Usaha AS Pengaruhi Anak Muda Malaysia

BACA JUGA: https://www.samudera.my/prn-penulis-dedah-usaha-as-pengaruhi-anak-muda-malaysia/

“Kejadian yang berlaku pada 2 Ogos 2023 (Rabu) jam lebih kurang 3.20 petang semasa mangsa sedang bekerja di kedai durian di tepi jalan, telah didatangi sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan. Mangsa seorang warganegara asing berusia 38 tahun telah diacukan dengan senjata yang menyerupai objek seperti pistol dan saspek meminta mangsa menyerahkan wang tunai. Mangsa kemudian telah menyerahkan semua wang tunai jualan durian. Saspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang sama,” kata Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Bin Mohd Kahar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Mangsa walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Berikutan itu, Polis Bentong dalam usaha mengesan dan menjejaki saspek kes ini.

Oleh itu, “Orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-22222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: