Tempatan

Melaka Umum Bantuan Khas Penghargaan RM300 Buat Penjawat Awam Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 03 Ogos 2023 – Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada seramai 1,790 penjawat awam negeri tersebut.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Badan Berkanun Negeri dan bakal disalurkan sebelum 10 Ogos ini.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Sabah Rekod Kes Kesihatan Terbaru

BACA JUGA: AMARAN SCAM: Waspada Helah Sindiket Penipuan Hantar E-Mel Guna Logo PDRM

BACA JUGA: Melaka Wujudkan Taskforce Tangani Konflik Haiwan Dan Manusia

Menurut beliau, bantuan tersebut adalah sebagai tanda menghargai penjawat-penjawat awam di negeri berkenaan selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang mahu setiap negeri menyalurkan bantuan kepada penjawat awam di negeri masing-masing.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Bagi Bulan Ogos 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr Zulkapli Mohamed mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam serta RM200 kepada pesara Kerajaan pada 10 Ogos ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: