Antarabangsa

Rusia Beri Amaran Perang Memburuk Jika Nato Tawar Senjata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 23 Januari 2023 – Rusia telah mengeluarkan amaran bahawa ketegangan yang terjadi akan menjadi sangat bahaya jika NATO membuat keputusan untuk menghantar senjata-senjata berat seperti kereta kebal dan peluru berpandu jarak jauh ke Ukraine.

Kenyataan yang bersifat amaran tersebut telah dikeluarkan oleh Kremlin pada Khamis lalu, sewaktu para pemimpin negara-negara barat sedang bercadang untuk menghantar alatan ketenteraan yang lebih canggih ke Ukraine.

BACA JUGA: Hukum Pengamal Perubatan Beri PrEP Kepada Individu Amal Homoseksual

BACA JUGA: CPTPP: Hak Petani Bakal Tergugat!

BACA JUGA: Larang Beri PrEP Pada Pasangan Homoseks, Kumpulan Advokasi Sanggah

Misalnya, Jerman telah menerima tekanan yang tinggi agar pihaknya menghantar bekalan kereta-kereta kebal ke Kiev.

Manakala Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah beberapa kali menyuarakan kekecewaan beliau berikutan tidak memperolehi senjata berat yang mencukupi.

United Kingdom (UK) pada minggu lalu telah mengumumkan bahawa mereka akan menghantar kereta-kereta kebal Challenger 2 dan ini telah membuatkan Jerman berdepan dengan tekanan untuk turut membekalkan kereta kebal Leopard 2.

Jerman turut menerima tekanan agar negara itu membuka jalan bagi negara lain seperti Poland untuk menghantar alatan mereka kepada Ukraine.

Rusia menyatakan bahawa perbuatan para pemimpin barat itu adalah sangat bahaya yang mana ianya akan membawa ketegangan yang sedia ada kepada suatu tahap yang baharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: