Antarabangsa

AS Hantar Kereta Kebal Canggih Abrams Buat Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 26 Januari 2023 – Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kereta kebal jenis M1 Abrams ke Ukraine sebagaimana yang telah diumumkan pada hari Rabu oleh Presiden Joe Biden, selepas Jerman turut membuat pengumuman bahawa mereka akan menghantar kereta kebal jenis Leopard.

Biden menyatakan Abrams, yang digelar sebagai kereta kebal paling canggih ini rumit untuk dikendalikan dan diselenggarakan. Justeru Washington juga akan menyediakan peralatan dan alat ganti yang diperlukan supaya kereta kebal ini sentiasa berupaya untuk bertempur.

BACA JUGA: Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri

BACA JUGA: Tragedi MH17, Mahkamah Absahkan Kes Belanda Lawan Kumpulan Pemisah

BACA JUGA: Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?

Kereta kebal ini adalah senjata pertahanan dan bukan satu bentuk ancaman kepada Rusia, tegas Biden sambil memuji Ukraine dengan pujian bahawa mereka berjuang untuk kebebasan, yang diumumkan bersempena dengan hari lahir Presiden Vladimir Zelenskyy.

Canselor Jerman, Olaf Scholz berkata Berlin akan menghantar 14 buah Leopard 2A6 mereka ke Ukraine dan membenarkan negara EU dan NATO yang lain melakukan perkara yang sama.

“Kami bertindak rapat dengan cara yang diselaraskan di peringkat antarabangsa,” kata Scholz dalam satu kenyataannya.

Poland telah mendesak untuk menghantar Leopards ke Kiev sebagai sebahagian daripada gabungan antarabangsa, tetapi langkah ini memerlukan kelulusan dari Berlin. Pegawai Jerman pula memberi isyarat bahawa AS perlu terlebih dahulu komited untuk menghantar kereta kebal Abrams.

Menurut Biden, AS dan sekutunya telah menghantar lebih 3,000 kenderaan berperisai dan lebih 8,000 meriam setakat ini ke Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: