Antarabangsa

Polis Israel Tembak Muka Kanak-Kanak Guna Bom Pegun Ketika Israk Mikraj

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 03 Mac 2022 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun longlai selepas terkena bom pegun yang ditembak oleh askar Israel tepat ke mukanya. Kejadian berlaku sewaktu rakyat Palestin beramai-ramai mengunjungi kawasan Masjid al-Aqsa bagi menyambut Israk Mikraj baru-baru ini.

Kanak-kanak itu bukan satu-satunya mangsa kekejaman dan ketidakpuasan hati pihak berkuasa Israel pada hari itu. Rakaman video AJ+ turut menunjukkan seorang remaja perempuan dibelasah oleh sekurang-kurangnya tiga askar Israel.

Remaja perempuan tersebut bukan sahaja diheret dan dipukul tanpa belas kasihan, mereka malah turut menamparnya sewaktu dia cuba mempertahankan diri dari dibelasah oleh tentera-tentera Israel tersebut.

Rakaman kemudiannya beralih menunjukkan tentera zalim Israel menolak seorang remaja lelaki ke bahu jalan sebelum menekan lehernya dengan lutut bagi mengelakkan remaja lelaki Palestin itu melepaskan diri.

Ini merupakan antara kejadian-kejadian yang sempat dirakamkan oleh agensi berita dan orang ramai pada hari itu. Pihak berkuasa Israel berkata, mereka menyerang orang awam Palestin yang datang berkunjung ke kawasan Masjid al-Aqsa pada hari itu dengan bom pegun, peluru getah dan meriam air najis bagi menyuraikan rakyat Palestin yang didakwa telah membaling batu dan botol ke arah mereka.

Lebih kurang 90,000 rakyat Palestin menziarahi Masjid al-Aqsa 01 Mac baru-baru ini bagi menyambut peristiwa perjalanan malam Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut pasukan perubatan Palestin, sambutan itu kemudiannya berakhir dengan tragedi apabila seramai 33 rakyat Palestin cedera manakala sekurang-kurangnya 20 rakyat ditangkap oleh pihak berkuasa Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: