Tempatan

SUHAKAM Lupa Negara Ini Ada Agama Dan Perlembagaan – PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Kenyataan Media
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

SUHAKAM Lupa Negara Ini Ada Agama Dan Perlembagaan – PERKASA

PERKASA sangat terkejut dengan kenyataan Dato’ Dr Madeline Berma, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam perkara ‘pekerja seks’.

Pertamanya, bagaimana beliau boleh menggunakan perkataan ‘pekerja seks’ dalam sebuah negara yang mempunyai rukun yang mana setiap rakyat percaya kepada Tuhan? Tiada mana-mana agama pun dalam negara ini yang menganggap menjual tubuh atau perlakuan seks dengan rela itu sebagai satu pekerjaan.

Beliau juga menganggap disebabkan perbuatan mereka (menjual tubuh) adalah satu jenayah, maka ianya satu bentuk diskriminasi terhadap mereka. Apakah kita perlu setuju menjual tubuh itu sebagai satu pekerjaan dan perlu dibenarkan dalam negara ini? Apakah kerana perbuatan itu atas kerelaan sendiri ianya tidak dianggap satu kesalahan dan tidak boleh dianggap satu jenayah?

Jika ini pemikiran yang ada dalam anggota SUHAKAM, PERKASA gesa Kerajaan mengkaji semula kewujudan badan itu. Jika perlu, bubarkan sahaja. Sudah lama PERKASA pantau tindakan SUHAKAM ini. Suruhanjaya ini lebih terikut dengan pandangan budaya Barat. Sebelum ini, mereka pertahan hak LGBT dan hak murtad.

PERKASA melihat Suruhanjaya ini mahu Malaysia bebas seperti Amerika Syarikat dan seperti majoriti negara Eropah. SUHAKAM lupa negara ini ada Agama dan Perlembagaan. Islam adalah Agama Persekutuan. Maka anggota SUHAKAM jika nak tunjukkan kebijaksanaan sekali pun, jangan lari dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

PERKASA juga mahu Akta SUHAKAM diperkemaskan lagi. Antaranya, disebabkan Islam adalah Agama Persekutuan, maka anggota SUHAKAM wajib majoritinya orang Islam. Sekarang ini ada 4 orang Islam dan 5 bukan Islam. PERKASA rasa sangat pelik dalam hal ini. PERKASA mohon YDP Agong dapat bubarkan anggota SUHAKAM yang ada sekarang dan lantik yang baharu. Dari 9 anggota, wajar 6 darinya Islam dan yang bukan berfikiran liberal.

PERKASA juga berharap UMNO yang sedang bersidang peringkat kebangsaan sekarang ini, ada pembahas dapat menyentuh hal ini. Nak serang menyerang antara parti dan pemimpin itu terpulanglah, tapi isu-isu macam ini jangan didiamkan sahaja dalam perhimpunan besar tahunan seperti sedang berlangsung sekarang.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung PERKASA

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: