Gaya Hidup

Squid Game Plagiat As The God Will?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Sebuah drama bersiri dari Korea Selatan berjudul Squid Game terbitan Netflix kini tular seantero dunia. Drama ini disifatkan sebagai sebuah naskah yang cukup unik dan berbeza jika dibandingkan dengan drama-drama bersiri Korea Selatan yang lain.

Hasil buah fikiran penerbit terkenal, Hwang Dong Hyuk ini hanya mempunyai 9 episod. Walaupun pendek, tetapi cukup mendebarkan hati penonton untuk mengetahui apa yang berlaku dalam setiap episod seterusnya.

Namun, terdapat segelintir penonton yang menempelak Dong Hyuk dengan mengatakan Squid Game adalah plagiat daripada filem Jepun pada tahun 2014, As The Gods Will. Beliau bagaimanapun menafikannya.
Menurutnya, skrip drama ini telah siap sejak tahun 2008 namun tidak dapat dihasilkan kerana tidak sesuai dengan situasi zaman pada masa itu. Katanya juga, beliau mendapat ilham menerbitkan Squid Game ini daripada kenangan permainan tradisional zaman kanak-kanak beliau.

Squid Game yang dibintangi pelakon handalan Korea Selatan seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Wi Ha Joon dan Gong Yoo menceritakan tentang 456 peserta dengan masalah hidup tersendiri mempertaruhkan nyawa mereka dalam permainan misteri kanak-kanak untuk mendapatkan ganjaran hadiah wang tunai sebanyak 45.6 bilion won (RM161 juta).

Kejayaan drama ini dapat dilihat apabila ianya “mengalahkan” siri Money Heist yang mempunyai puluhan episode. Siri “berhantu” ini dikatakan tidak dapat menandingi hasil karya Dong Hyuk. Squid Game menonjolkan kreativiti penulis dengan penghasilan elemen efek dan kejutan, pembinaan watak yang baik dan skrip yang bagus membuatkan drama ini sangat berkualiti.

Walau bagaimanapun, drama ini bukanlah untuk tontonan umum kerana mempunyai adegan-adegan yang tidak sesuai untuk anak-anak bawah umur 18 tahun. Drama fiksyen ini diklasifikasikan di bawah SG18+.

Dengarnya ramai rakyat Malaysia yang ingin menyertai permainan ini jika ianya satu bentuk rancangan realiti. Namun, kita perlu berhati-hati kerana ianya boleh menjadi satu konsep perjudian mempertaruhkan nyawa sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: