Tempatan

Peraturan EU Sengaja Mahu Sekat Perekonomian Pekebun Kecil – TPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2022 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof mengkritik peraturan baru Kesatuan Eropah (EU) yang dipercayai akan menyekat perekonomian petani kecil.

Menerusi sebuah kenyataan, beliau berkata, “Peraturan produk bebas penebangan hutan adalah tindakan sengaja Eropah untuk menyekat akses pasaran, menjejaskan petani kecil dan melindungi pasaran minyak bijian domestik yang tidak cekap dan tidak dapat bersaing dengan kos minyak sawit.”

Peraturan baharu EU telah mengharamkan produk dan komoditi tertentu yang dikaitkan dengan penebangan dan degradasi hutan seperti kelapa sawit, kayu balak, koko dan juga getah.

Peraturan itu juga mendorong kenaikan harga makanan lebih tinggi, mengurangkan pengeluaran makanan ketika inflasi global melanda dunia, memberi kesan kepada usaha membasmi kemiskinan sekali gus menjejaskan ekonomi Eropah dan Malaysia.

Susulan itu, negara-negara akan disenaraikan sama ada berisiko tinggi, standard ataupun rendah berdasarkan ketetapan tertentu. Lebih merunsingkan, peraturan ini bakal menyerang Malaysia jika minyak sawit atau negara tergolong dalam kalangan berisiko tinggi.

Meskipun demikian, Fadillah berpandangan justifikasi EU adalah berdasarkan hujah tidak munasabah kerana Malaysia mempunyai minyak sawit mampan dan antara minyak sayuran paling diperakui oleh dunia.

Tegasnya, “Malaysia akan terus menyediakan minyak sawit yang mampan dan bebas penebangan hutan kepada pelanggan di Eropah dan global.”

Mengulas lanjut, Fadilah turut mengharapkan agar EU komited dalam penglibatan bersama negara pengeluar dan Malaysia menghargai kesatuan itu sebagai salah satu rakan pelaburan dan perdagangan penting.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: