Tempatan

Rimas ‘Dibuli’ EU, Malaysia Boleh Kekang Ekspot Minyak Sawit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – Menteri Komoditi, Fadillah Yusof menegaskan Malaysia pertimbang untuk berhenti mengeksport minyak sawit ke Kesatuan Eropah (EU) jika sekatan dan halangan berterusan dikenakan.

EU baru-baru ini memperkenalkan undang-undang baharu iaitu EU Deforestation Regulation (EUDR) mengenai import komoditi terpilih termasuk minyak sawit yang dikaitkan dengan penebangan hutan dan degradasi hutan.

Semasa merasmikan ‘Palm Oil Economic Review And Outlook Seminar (R&O) 2023’, Fadillah berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan hal tersebut.

BACA JUGA: Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’

BACA JUGA: IC Anak: Ibu Warga Indonesia Saman Kerajaan

BACA JUGA: TPM Umum Sabah, Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’

“Malaysia dan Indonesia komited untuk mengukuhkan kerjasama mengenai kelapa sawit melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC),” katanya lagi.

EU ialah pengimport minyak sawit utama dan undang-undang yang dipersetujui pada bulan Disember telah menimbulkan bantahan daripada Indonesia dan Malaysia, pengeluar utama.

Kata Fadillah, “Jika kita perlu melibatkan pakar dari luar negara untuk menentang apa sahaja langkah EU, kita perlu melakukannya.”

“Atau pilihannya boleh jadi kita hentikan sahaja eksport ke Eropah, hanya fokus pada negara lain jika mereka (EU) memberi kita semua masa yang sukar untuk mengeksport kepada mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: