Antarabangsa

Perang Ukraine: AS Dan Eropah Hadkan Penjualan Kerakyatan Kepada Bangsawan Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 28 Februari 2022 – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah, dalam sebuah kenyataan bersama menyatakan bahawa mereka akan mula mengehadkan ‘penjualan’ kerakyatan kepada bangsawan Rusia, sebagai tanda tentangan terhadap penaklukan Ukraine.

“Kami juga mengumumkan komitmen kami untuk mengehadkan penjualan kerakyatan – dikenali sebagai ‘Passport Emas’ –

(Ia) membenarkan golongan bangsawan Rusia yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Rusia untuk mendapatkan kerakyatan di beberapa negara bagi mendapatkan akses kepada sistem kewangan kita,” kata mereka dalam pengumuman tersebut.

Kenyataan tersebut adalah tindak balas dari Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom, Kanada dan AS terhadap tindakan Rusia melancarkan penaklukan besar-besaran ke atas Ukraine.

Pihak-pihak tersebut turut mengenakan sekatan kewangan ke atas Rusia, di mana Bank Pusat Rusia dihalang dari menggunakan rizab antarabangsa mereka.

Hal ini mendapat respon yang pelbagai dari pengguna Internet, di mana salah seorang pengguna menyifatkannya sebagai sebuah permainan sentimen sahaja.

“Hey, ini sebuah idea: berhenti meyalak tentang sekatan dan letakkan askar kalian di mana kalian letakkan kata-kata kalian,” komen seorang pengguna Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: