Tempatan

Krisis Bekalan Telur, Kementerian Minta Diberi Lebih Masa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Ekoran krisis kekurangan bekalan telur ayam di pasaran seluruh negara ketika ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin meminta diberi sedikit masa untuk mencari strategi penyelesaian jangka masa panjang bagi mengatasi masalah tersebut.

No such thing immediate solution (tiada penyelesaian segera)… saya harap kami diberi ruang secukupnya dalam isu ini untuk mencari langkah penyelesaian tetap jangka panjang,” katanya.

Timbalan Menteri itu juga memerlukan lebih masa untuk menerima input dan pandangan daripada kakitangan kementerian dalam bidang tersebut namun, beliau yakin dengan kepakaran dan kebolehan pasukan kementerian berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pada waktu ini.

Pada masa sama, beliau menyifatkan jawatan yang diberikan sebagai amanah yang sangat besar dan mencabar, serta akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.

Foong Hin juga berpandangan, kebijaksanaan dan kebolehan Menterinya, Mohamad Sabu dalam bidang pertanian mampu mencari titik penyelesaian dalam hal kemajuan dan keterjaminan makanan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, “Saya juga melihat Sabah dan Sarawak yang luas dengan tanah dan penuh kehijauan berpotensi untuk memperluaskan serta memajukan sektor pertanian.”

Lantaran itu, beliau ingin menjadikan Sabah dan Sarawak maju dalam pertanian kerana buminya luas dan pelbagai tanaman boleh diusahakan di kedua negeri itu ke arah keterjaminan makanan.

Mengulas lanjut, Foong Hin menjelaskan, “Keterjaminan makanan adalah satu isu global di semua negara dan kita juga menghadapi masalah ini dan ia menjadi asas untuk memajukan negara ke hadapan agar rakyat sentiasa hidup sejahtera.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: