Tempatan

Sabah Boleh Perluas Bilangan Spesies Terancam – Timbalan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 16 Ogos 2023 – Kerajaan Persekutuan tidak menghalang sekiranya Sabah ingin memperluaskan bilangan spesies marin terancam dalam senarainya, kata Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Chan berkata demikian bagi mengulas isu tular di pasar basah Semporna menjual spesies marin seperti jerung dan pari telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama penyelam dan pelancong asing.

Katanya, pendaratan ikan jerung di seluruh negara bagi tahun lepas adalah kurang daripada 0.5 peratus daripada jumlah pendaratan ikan laut, iaitu sebanyak 4,578 tan metrik daripada 1.3 juta tan metrik.

BACA JUGA: Transformasi Sungai Skudai Bakal Menjadi Sungai Contoh

BACA JUGA: Kadar Kematian Lebih Tinggi Berbanding Sewaktu Pandemik, KKM Perlu Siasat: Mantan Pensyarah

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Tidak Perbaharui Lesen Taska Tiada CCTV

“Ia ditangkap secara kebetulan melalui peralatan menangkap ikan seperti pukat tunda. Pada masa ini, tiada peraturan atau enakmen untuk menghentikan penjualan tangkapan sampingan.”

“Tetapi bagi Sabah, negeri ini mempunyai autonomi. Terpulang kepada kerajaan Sabah kerana sebarang penambahan spesies terancam dan penguatkuasaan adalah autonomi Sabah,” katanya selepas melawat projek pemprosesan Dim Sum Beku di Putatan Ramayah.

Jelasnya, kebimbangan itu timbul kemungkinan kerana penyenaraian lima lagi spesies jerung dalam Lampiran II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES), iaitu Sphyrna mokarran, Sphyrna lewini, Sphyrna zygaena, Carcharhinus longimanus, dan Lamna nasus.

“Antara tiga spesies jerung yang terdapat di Malaysia, jerung paus (Rhincodon typus) dan jerung tukul besar (Sphyrna mokarran dan Sphyrna lewini) disenaraikan di bawah Lampiran II CITES.”

“Setakat ini, hanya jerung paus dan ikan gergaji disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 (Pindaan 2008).”

Dalam pada itu, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menjelaskan bahawa jerung buluh (Chiloscyllium punctatum) dan satu lagi gambar spesies pari bertanduk tidak disenaraikan sebagai terancam di bawah Akta Perikanan 1985.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: