Jabatan Penjara Benar Lawatan Keluarga 2 Hari Sempena Pesta Menuai
KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Jabatan Penjara membenarkan lawatan keluarga penghuni penjara di Sabah dan Sarawak selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Jun ini sempena Pesta Menuai.
Dalam kenyataan jabatan itu, waktu lawatan adalah bermula jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
BACA JUGA: 200,000 Bangladesh Di Malaysia Tiada Dokumen, Bangladesh Bakal Jadi Bangsa Minoriti?
BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil
BACA JUGA: PERHATIAN! Hujan Lebat Berterusan Bakal Landa Pantai Barat Semenanjung
Menurut jabatan itu, pelawat yang hadir diminta membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/air liur) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan
“Pelawat juga diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan,” kata jabatan itu.
Dalam pada itu, pelawat turut diingatkan agar tidak membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni dan pelawat tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.
Selain itu, perjumpaan secara dalam talian juga akan dilaksanakan selama tiga hari iaitu mulai 6 Jun hingga 8 Jun ini.
“Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka,” menurut kenyataan itu.