Tempatan

Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERI KEMBANGAN, 16 Jun 2023 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menangkap 35 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Operasi Penguatkuasaan ‘Op Sapu’ di Pasar Borong Selangor kelmarin.

Menerusi hantaran di laman Facebook, dilaporkan, operasi itu berjalan pada jam 4.45 pagi di Seri Kembangan, Selangor melibatkan 96 orang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Anti-Pemerdagangan Manusia serta Pasukan Khas Taktikal Khas (PASTAK) Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslin bin Jusoh berkata, seramai 95 orang asing diperiksa dan 35 orang daripadanya adalah golongan PATI yang berumur di antara 21 hingga 52 tahun.

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

BACA JUGA: Penunggang Ducati Terhumban Dari Flyover: Polis Minta Bantuan Media Kesan Suspek

BACA JUGA: Sistem Kutipan Tol Terbuka Bermula September Ini

35 individu itu terdiri daripada 17 lelaki warga Myanmar, 13 lelaki warganegara Bangladesh, dua warganegara India, dua warganegara Indonesia dan seorang lelaki warganegara Yemen. Mereka semua dipercayai bekerja di pasar borong tersebut sebagai pekerja am dan ditahan atas pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, pihak Imigresen juga memeriksa 42 lelaki dan 3 perempuan warganegara Myanmar yang memegang kad UNHCR.

Ruslin turut mendedahkan, “Semasa serbuan dilakukan, pasukan operasi berdepan dengan PATI yang cuba melarikan diri dari kepungan. Ditambah dengan cuaca hujan pada pagi tersebut dan keadaan gelap menyebabkan ada PATI yang berjaya meloloskan diri.”

Menurutnya, tindakan serbuan ini diambil setelah menerima aduan awam berhubung PATI yang bekerja di Pasar Borong Selangor tanpa pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.”

Setakat ini, ujarnya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: