Tempatan

Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 16 Jun 2023 – Kegiatan judi belangkas dalam ladang kelapa sawit di Kampung Titi Akar, Pendang diserbu pada petang Rabu baru-baru ini mengakibatkan 20 individu ditahan.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, serbuan tersebut dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar jam 7.15 petang.

Dalam serbuan tersebut, pihak JSJ berjaya menahan 15 lelaki bersama lima wanita yang cuba meloloskan diri.

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

BACA JUGA: Suspek Perlombongan Haram Mati Dalam Tahanan SPRM

BACA JUGA: Sistem Kutipan Tol Terbuka Bermula September Ini

Seorang lelaki tempatan dipercayai penganjur serta seorang lagi lelaki tempatan yang merupakan penaruh judi juga ditahan.

Tambah beliau, wang tunai berjumlah RM28,624 turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Beliau yang berkata dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini menyatakan bahawa kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kawasan ladang tersebut dijadikan sebagai ‘port’ mereka sejak tiga tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: