Sistem Kutipan Tol Terbuka Bermula September Ini
KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – “Pembayaran tol secara terbuka akan bermula pada September ini di 12 buah lebuh raya,” ujar Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semalam.
Walaupun pada peringkat awal, sistem itu hanya boleh digunakan di lorong-lorong khusus, beliau memaklumkan bahawa ianya dijangka beroperasi penuh di semua lebuh raya seluruh negara menjelang akhir tahun 2024.
Menurut beliau, sistem tersebut membolehkan pengguna menggunakan kad kredit, kad debit atau kad Touch ‘n Go untuk membuat bayaran tol.
BACA JUGA: Penunggang Ducati Terhumban Dari Flyover: Polis Minta Bantuan Media Kesan Suspek
BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Dicekup Di Jasin
BACA JUGA: Beberapa Jalan Utama Sekitar Port Dickson Ditutup 19 Jun Ini
Alexander berkata sedemikian selepas majlis perasmian pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai di Cheras semalam.
Jelasnya, pembukaan Fasa 2 itu melengkapkan jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer bermula dari persimpangan Sri Petaling dan berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa.
Beliau turut mengumumkan tol percuma selama dua minggu di Plaza Tol Alam Damai.