Antarabangsa

Penyakit TIBI Bakal Akibatkan Sejuta Kematian Menjelang 2035 Jika Tidak Dibendung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 23 Julai 2023 – Kegagalan untuk melaksanakan pengesanan kontak untuk mengenal pasti jangkitan tibi boleh mengakibatkan sejuta kematian menjelang 2035.

Dalam satu kajian bersama antara UNITAID, Universiti John Hopkins dan Institut Aurum mendapati bahawa mengenal pasti penyebaran jangkitan tibi menerusi pengesanan kontak isi rumah dan menyediakan rawatan yang tepat pada masanya boleh membantu mengurangkan kematian sebanyak 35 peratus dalam 12 tahun akan datang.

BACA JUGA: Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom

BACA JUGA: Bekas Balang Akuarium: Penggunaan Bekas Bukan Tujuan Makanan Adalah Dilarang – KKM

BACA JUGA: Lapor Segera Maklumat Berkaitan Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ – Menteri Agama

UNITAID bahkan memberi amaran bahawa kegagalan untuk melaksanakan pengesanan kontak untuk mengenal pasti jangkitan tibi lebih awal boleh memberi impak buruk terutamanya kepada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun memandangkan penyakit ini sukar untuk dikesan dalam kumpulan umur tersebut.

Malah, kajian itu turut menyatakan bahawa tindakan awal akan mencegah jangkitan daripada terus merebak dengan aktif di mana ia merupakan salah satu cara yang kos efektif dalam memerangi penyakit tersebut di negara berpendapatan rendah di mana penduduknya berisiko tinggi untuk jangkitan dan kematian berkaitan tibi.

Untuk rekod, tibi atau Tuberkulosis merupakan penyakit bawaan udara yang menjejaskan paru-paru serta bahagian-bahagian lain di dalam badan seperti otak, buah pinggang atau tulang belakang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: