Tempatan

Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – Pihak polis sedang menyiasat kenderaan milik peguam, Siti Kasim selepas keretanya dilaporkan dipasang objek menyerupai bom.

Media tempatan melaporkan, bahan itu ditemui ketika peguam terbabit menghantar keretanya jenis Toyota Celica untuk diselenggara di pusat servis Jalan Maarof hari ini.

BACA JUGA: Sanusi Buat Tuntutan Saman Fitnah Terhadap Menteri Dalam Negeri

BACA JUGA: Sokong Eksport RE Ke Negara Jiran, Malaysia Bakal Perkenal Pertukaran Tenaga

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

Ia dikesan oleh seorang mekanik selepas kereta berkenaan diangkat oleh mesin sebelum objek ditemui di tayar belakang.

Terkini, polis menutup sebahagian jalan berhampiran, selain Unit Pemusnah Bom (UPB) sedang melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan terhadap kereta beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: