Tempatan

Penyeragaman Sistem Pembelajaran Tahfiz: Skop Pendidikan Dan Fokus Setiap Institusi Berbeza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 23 Julai 2023 – Cadangan menyeragamkan pengurusan sistem pendidikan di maahad tahfiz dan sekolah pondok tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana ia ditadbir oleh pihak persendirian, kata Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran), Manolito Mohd. Dahlan menurut laporan sebuah portal berita tempatan.

Ujarnya, skop pendidikan dan fokus adalah berbeza untuk setiap institusi pendidikan agama di mana pondok adalah untuk pengajian kitab turath manakala maahad tahfiz menumpukan usaha melahirkan huffaz al-Quran, manakala sekolah agama pula mahu melahirkan agamawan profesional.

BACA JUGA: Sanusi Buat Tuntutan Saman Fitnah Terhadap Menteri Dalam Negeri

BACA JUGA: Melampau! Salwan Momika Pijak & Sepak Al-Quran Pula, Sweden Digesa Bertindak

BACA JUGA: AWAS! Hujan & Ribut Petir Bakal ‘Langgar’ Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

“Pelbagai usaha dijalankan untuk penyeragaman ini. Maahad tahfiz merupakan sekolah swasta yang dibina secara persendirian dan tentunya pemilik, silibus dan sosioekonomi berbeza-beza,” ujar beliau.

Menurutnya, jika Kerajaan benar-benar serius melaksanakan penyeragaman ini maka seragamkan dahulu pentadbiran peringkat pusat dan negeri, undang-undang serta bidang kuasa.

“Ambil alih secara menyeluruh maahad tahfiz swasta seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan salurkan guru, peruntukan bina bangunan, peruntukan penyelenggaraan serta keseluruhannya.”

Terdahulu, portal melaporkan bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan satu badan yang dapat mengawal selia sistem pendidikan Islam dan sekolah agama di Malaysia bagi menyeragamkan pengurusan sistem pendidikan dan sekolah berkaitan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: