Antarabangsa

Empat Sekeluarga Muslim Terbunuh Dalam Insiden Terancang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

OTTAWA: Empat sekeluarga Islam maut selepas dirempuh sebuah trak ‘pick-up’ dalam satu insiden kemalangan ‘terancang’ di wilayah Ontario, Kanada.

“Terdapat bukti menunjukkan ia adalah suatu tindakan diatur dan terancang yang didorong oleh kebencian” kata detektif, Superintendan Paul Waight.

“Mangsa dipercayai menjadi sasaran disebabkan mereka adalah Muslim.”

Menurut Datuk Bandar London, Ed Holder, mangsa yang maut membabitkan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun, lelaki (46 tahun), wanita (44 tahun) dan remaja perempuan berumur 15 tahun.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terselamat dalam insiden keganasan itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan beransur pulih.

“Biar saya berterus-terang, ini adalah satu tindakan pembunuhan massa terhadap orang Islam dan warga London, yang berakar daripada kebencian terpendam,” kata Holder.

Suspek dikenali sebagai Nathaniel Veltman, 20 tahun yang melarikan diri sejurus insiden berjaya ditangkap di sebuah pasar raya terletak kira-kira tujuh kilometer dari persimpangan tempat kejadian.

Dia kini berdepan empat pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh.

Bagaimanapun, Waight berkata, pihak berkuasa tempatan juga sedang berbincang dengan Polis Persekutuan serta Peguam Negara mengenai penambahan ‘kemungkinan pertuduhan keganasan.’

Dan Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM) dalam satu kenyataan menegaskan, penyerang dalam kejadian itu perlu didakwa atas kesalahan melakukan keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: