Tempatan

LOCKDOWN & MORATORIUM: KENYATAAN GABUNGAN MELAYU ISLAM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KENYATAAN MEDIA

8 Jun 2021

1. Merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz baru-baru ini, Gabungan NGO MELAYU ISLAM yang terdiri lebih daripada 20 NGO,Gabungan NGO dan Kumpulan Masyarakat (CSO) Melayu & Islam Kebangsaan dengan ini menggesa kerajaan tanpa lengah untuk menghentikan polemik MORATORIUM ini dengan tindakan serta-merta.

2. Kabinet Malaysia digesa mengarahkan pihak pemberi pinjaman seperti bank-bank, peminjam berlesen, syarikat kredit, koperasi dan seupamanya, memberikan MORATORIUM AUTOMATIK dan tanpa syarat kepada semua golongan B40 dan M40 selama 6 bulan lagi TANPA mengenakan sebarang faedah atau keuntungan tambahan termasuk apa jua bentuk caj sepanjang tempoh berkenaan.

3. MORATORIUM AUTOMATIK amat diperlukan oleh semua rakyat disebabkan pihak Kerajaan tidak mampu memberikan bantuan tunai yang setimpal dengan kos kerugian yang ditanggung oleh semua rakyat yang berupaya untuk meringankan beban dan aliran tunai mereka.

4. Bantuan yang diberikan setakat ini jauh lebih rendah daripada Garis Kemiskinan Kebangsaan RM2208.00.

5. Kebanyakan rakyat yang terbeban dengan hutang pinjaman sewaktu krisis wabak COVID-19 ini, MORATORIUM AUTOMATIK ini adalah perkara ‘hidup atau mati’ dari segi menyambung kehidupan harian mereka dan mampu menghindar mereka dari terjebak dengan hutang AHLONG dan masalah sosial.

6. KAMI menyeru agar Kerajaan menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh YDPA di kala Darurat ini termasuk Ordinan Darurat bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan ini dengan berkesan.

7. Rakyat memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Kerajaan untuk melaksanakan amanah tersebut demi kepentingan rakyat Malaysia dan sedang memerhatikan setiap tindakan yang diambil sama ada ianya benar-benar menggambarkan keprihatinan terhadap kumpulan majoriti rakyat yang terkesan kelangsungan kehidupan mereka sepanjang pandemik COVID-19 ini.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat yang ingin bersolidariti dengan gesaan ini supaya mengemukakannya dengan menyokong petisyen yang dilancarkan 2 hari lepas dan setakat ini telah berjaya mengumpulkan 10k sokongan.

Sokongan boleh dibuat di: https://www.change.org/SelamatkanRakyatBUKANbank

AHMAD YAZID OTHMAN
Koordinator ,
Gabungan NGO-NGO Melayu & Islam

NGO-NGO Yang Menyokong Kenyataan Ini: 

1) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
3) Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
4) Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM)
5) Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
6) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
7) KONGRES RAKYAT
8) Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
9) Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (GPASBP)
10) PADI RESCUE
11) Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
12) Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
13) Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia
14) Persatuan Iqra Malaysia (PIM)
15) Liga Muslim Malaysia
16) Persatuan Jihad Ekonomi Muslim Bersatu (JIETU)
17) Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM)
18) Gerakan153 (G153)
19) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
20) Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia
21) Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanat Rakyat Malaysia (SEDAR)
22) Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM)
23) Gabungan Demi Melayu (DemiMelayu)
24) Movement for Monetary Justice (MMJ)
25) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
26) Persatuan Bekas Pelajar MRSM SeMalaysia (ANSARA)
27) Majlis Ekonomi Halal
28) Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)
29) Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI Malaysia)
30) Malaysia Youth Filmmakers Association (MYFA)

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button