Tempatan

DBKL Tutup 2 Premis Pelacuran, Keluar 7 Kompaun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2024 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup dua premis pelacuran yang didapati tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah di sekitar Parlimen Seputeh menerusi Operasi Tindakan Khas Pusat Urut, semalam.

Memetik kepada kenyataan DBKL di Facebooknya, operasi tersebut dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan.

“Hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 7 notis kompaun dibawah Seksyen 79(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, UUK 3(1)(b) dan UUK 20(1)(b), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta UUK 5(1), UUK Iklan (WP) 1982 ke atas premis yang melakukan kesalahan.

“Selain itu, dua premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah telah dikenakan tindakan tutup serta-merta dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan barangan yang berkaitan dengan perniagaan juga turut disita,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan sama turut menyebut, kesemua barangan yang disita telah dihantar dan disimpan di stor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di Lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut http://adukl.dbkl.gov.my.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: