NGO

Perlu Wujudkan Gagasan Politik Baru Ganti Dinosaur Politik Melayu!? – Hj Aminuddin PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2021- “Memang musibat betullah umat Islam di Malaysia ini. Zaman PH mengarut. Zaman PN mengarut. Zaman BN pun mengarut lagi. Apakah perlu gagasan politik baharu bagi menggantikan gagasan-gagasan dinosaur ini?” kata Haji Aminuddin Yahaya.

Selepas isu cabutan judi dan penutupan kes Adib dan UEC, Pengerusi PEMBELA itu mempersoalkan keputusan kerajaan yang membuat pusingan U dengan arahan penangguhan larangan penjualan minuman keras pula.

“Mungkin ramai yang tidak tahu perkara ini, tetapi inilah yang disorak-sorakkan pada tahun lalu di mana Menteri Wilayah mengumumkan larangan penjualan arak di Wilayah Persekutuan yang patutnya berkuatkuasa Oktober 2021,” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penguatkuasaan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang tidak membenarkan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina, ditangguhkan bermula 1 Oktober 2021.

“Dulu pernah ada yang berhujah kononnya ada ‘dalil’ yang mengatakan arak adalah hak yang dijamin oleh Allah S.W.T. Memang mengarutlah, tapi hakikatnya ada diungkapkan,” tegasnya.

Menurut Haji Aminuddin, beliau tidak pasti mengapa kerajaan membuat pusingan U.

Mungkin ini sekadar lakonan semata bagi memuaskan hati umat Islam.

“Atau apakah kerana tekanan-tekanan masyarakat bukan Islam sebagaimana reaksi persatuan-persatuan mereka pada tahun lalu? Mungkinkah ini yang dikatakan ‘kebijakan seni politik’ yang sering diperkatakan itu? Depan orang Melayu cakap lain, di belakang buat lain?” soalnya.

Beliau juga berkata, kemungkinan demokrasi ciptaan manusia ini boleh berubah-ubah dan politik akan matang selepas melalui pelbagai perubahan.

Menurut laporan akhbar FMT pada 30 September, “DBKL dalam satu kenyataan, memaklumkan garis panduan berkuatkuasa 15 November tahun lalu dan dimuat naik di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my/ menyatakan, penjualan ‘liquor’ di tiga premis berkenaan tidak dibenarkan, mulai tarikh itu.”

 

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button