6 Premis Hiburan Diserbu, 3 Diarah Tutup Serta Merta
KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Enam buah premis hiburan diserbu dan tiga premis diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pagi semalam.
Memetik kepada hantaran DBKL di Facebook rasminya semalam, Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah melaksanakan Tindakan Khas Premis Berisiko (Kelab/Premis Hiburan) Siri 4/2023 di sekitar Parlimen Cheras dan Parlimen Bukit Bintang bermula jam 9 malam dan berakhir pada jam 2 pagi Ahad, 26 Februari 2023.
BACA JUGA: Wahabi Tak Selari, Masyarakat Islam Sarawak Harus Pegang Teguh Fahaman Sederhana – HIKMAH
BACA JUGA: Perangkap 10 Muslimah Jika Hilang Seorang Gadis Hindu – Ekstremis Hindutva
Menurut kenyataan tersebut, terdapat beberapa premis di lokasi tumpuan (hotspot) yang menjalankan aktiviti restoran, pub, kelab malam dan pusat hiburan didapati telah melanggar syarat lesen.
Sehubungan itu, DBKL menjalankan tindakan khas dengan menyerbu enam buah premis yang dikenal pasti.
Pihak DBKL turut mengenakan tiga tindakan penutupan (sealed) serta dan menyita peralatan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk dengan membuka tiga kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4 (1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (Live Band/DJ) tanpa kebenaran di bawah Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.
Dalam kenyataan yang sama, DBKL turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenakan tindakan sita peralatan terhadap tiga buah premis tersebut termasuklah tablet, spinner, mic stand, speaker, mixer, mic controller dan sound controller serta lain-lain barangan.
Kesemua peralatan tersebut dihantar ke Stor Sitaan DBKL yang terletak di Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.
Justeru, DBL mengingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kawasan tumpuan Parlimen di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.