Tempatan

Kos Selenggara Makin Meningkat, Institusi Penjara Perlu Reformasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2023 – Kerajaan perlu melakukan reformasi institusi penjara dan pindaan undang-undang bagi menambahbaik pengurusan penjara memandangkan kos selenggara penjara semakin meningkat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha itu dapat mengelakkan terus tertuduh daripada dihantar ke penjara selepas didapati bersalah oleh mahkamah.

Jelasnya, antara salah satu cara adalah menambah baik sistem parol (melayakkan banduan menjalankan baki hukuman di luar penjara) dengan diperluaskan mekanisme itu kepada kesalahan jenayah lain dan membenarkan banduan keluar penjara lebih awal dan kembali hidup dalam masyarakat.

“Sistem parol Malaysia antara terbaik di dunia, malangnya kita hanya tertumpu kesalahan dan tempoh tertentu. Perkara ini hendaklah diperluas bagi mengurangkan beban kewangan penjara dan kesesakan banduan. Ini sejajar konsep ‘memasyarakatkan banduan’ dengan menerima semula mereka agar diberikan peluang kedua untuk bekerja, pendidikan dan latihan.”

BACA JUGA: UMNO Kalah Teruk Sebelum Kerjasama Dengan DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang

BACA JUGA: JAIPs Perlu Perjelas Akaun FB Atas Nama Mereka – Ust Wadi Annuar

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

“Perkara ini sekali gus berupaya mengurangkan kos dan kesesakan banduan.”

Ketika ini, dianggarkan RM109 juta dibelanjakan Kerajaan dalam sebulan untuk menampung kos pengurusan keseluruhan banduan yang menghuni 47 penjara seluruh negara.

Ia melibatkan perbelanjaan RM50 sehari bagi seorang banduan merangkumi kos penyediaan peralatan, kemudahan, perubatan, makanan, kawalan keselamatan, pengiringan, emolumen kakitangan dan perkara lain berkaitan.

Terdahulu, samudera.my mendedahkan kesesakan penjara seluruh negara kini melebihi kapasiti asal sebanyak 62,000 banduan, iaitu lebih kurang 72,495 banduan dan lebih 50 peratus daripadanya adalah banduan kesalahan dadah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: