Tempatan

Ahli Parlimen BERSATU Keluar Parti, Perlu Kosongkan Kerusi – Wan Junaidi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 – Empat Ahli Parlimen BERSATU Sabah yang mengumumkan keluar parti harus mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan di semua kawasan Parlimen terbabit, jika peletakan jawatan mereka diterima.

“Jika ya, mereka perlu mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil perlu diadakan,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau yang terlibat dalam penggubalan undang-undang anti-lompat parti itu menegaskan, tidak penting sama ada empat Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau mewakili mana-mana gabungan lain, kerana ia hanya relevan sama ada mereka meninggalkan parti mereka.

Beliau juga menolak cadangan bahawa BERSATU Sabah adalah entiti berasingan daripada BERSATU Persekutuan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak akan membenarkan permohonan sedemikian.

“Saya merangka undang-undang itu untuk melarang perkara seperti ini berlaku dan untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara.”

Mengikut undang-undang anti-lompat parti yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.

Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Jelasnya, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat sekiranya berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam tempoh 60 hari.

“Apabila Speaker mengesahkan fakta bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen itu diterima parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka.”

Kelmarin, pemimpin BERSATU Sabah mengumumkan mereka meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Mereka terdiri daripada Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: