Tempatan

Hukuman Mati Mandatori Dan Sebat Mandatori Bakal Dimansuh 2023 – Menteri Undang-Undang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 September 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan bahawa Malaysia akan memansuhkan hukuman mati mandatori dan sebat menjelang tahun hadapan.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar dan tiada gangguan pada sesi Belanjawan akan datang, kita tidak akan ada lagi hukuman mati mandatori pada 2023,” katanya.

Kata beliau kepada sebuah portal tempatan, pindaan undang-undang akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober ini dan jika diluluskan, hakim akan diberikan budi bicara untuk menjatuhkan dua hukuman itu.

“Ini juga termasuk hukuman sebat kerana ia akan diberikan kepada budi bicara hakim,” ujarnya lagi.

Jelasnya, bagi hukuman sebat, pindaan yang dicadangkan tidak akan menghapuskan hukuman itu sebaliknya ia akan memberi hakim budi bicara dengan melakukan pertimbangan ke atas beratnya kemudaratan yang dilakukan oleh pesalah sebelum menjatuhkan hukuman.

Cadangan itu diutarakan kerana beliau melihat hukuman sebat sebagai sangat kejam dan ganas serta tidak berperkemanusiaan di mana kebanyakan pesalah mengalami luka terbuka dengan kebanyakannya ramai yang pengsan selepas tiga pukulan, jelasnya.

Beliau berkata, pindaan terhadap hukuman mati mandatori itu meliputi 33 seksyen di bawah undang-undang serta melibatkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan. 11 kesalahan itu pula terbahagi kepada sembilan di bawah Kanun Keseksaan dan dua di bawah Akta Senjata Api (Penalti Bertambah).

Untuk rekod sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris melaporkan, masih terdapat 1342 pesalah yang sedang menunggu ke tali gantung setakat Jun 2022.

Jun lalu, portal berita tempatan melaporkan bahawa pihak Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: