Tempatan
RUU Anti-Lompat Parti Lulus Bacaan Ketiga
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Pindaan Perlembagaan berikutan Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti telah diluluskan di Parlimen sebentar tadi.
Berdasarkan undian yang dijalankan, terdapat 209 undi bersetuju dan 11 tidak hadir, menjadikan undi bersetuju lebih daripada 2/3 jumlah Ahli Parlimen.
Sebelum itu, RUU anti-lompat parti tersebut telah pun diluluskan pada bacaan kedua dengan jumlah undi yang sama: 209 undi bersetuju dan 11 tidak hadir, iaitu dengan undi lebih dari 2/3 jumlah Parlimen yang bersetuju.
“Hidup rakyat!” didengari bergema seusai keputusan undian disampaikan.