Antarabangsa

Bintang China Ditahan Atas Tuduhan Pelacuran, Jenama Antarabangsa Tarik Penajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 13 September 2022 – Pelakon dan penyanyi terkenal negara China, Li Yifeng telah ditahan atas tuduhan pelacuran sekali gus menyebabkan jenama antarabangsa menarik tajaan daripada bintang China terbabit.

Penahanan Li Yifeng oleh pihak polis Beijing atas tuduhan ‘memberi khidmat pelacuran berkali-kali’ itu menyaksikan beberapa siri syarikat antarabangsa dan tempatan China mengumumkan penamatan semua hubungan perniagaan dengan pelakon itu, termasuk Prada, di mana dia juga merupakan duta jenama gergasi tersebut.

Selain itu, jenama antarabangsa lain seperti Sensodyne, ubat gigi Haleon yang berpangkalan di Britain, dan Zhenguoli, jenama minuman gergasi tenusu China Mengniu Dairy Co turut memutuskan hubungan dengan pelakon yang membintangi filem The Pioneer, sebuah filem patriotik yang dikeluarkan pada 2021 untuk meraikan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China.

Artis kelahiran China yang mempunyai lebih 60 juta pengikut di Twitter itu juga merupakan antara artis yang memboikot Hugo Boss kerana jenama tersebut tidak menggunakan kapas yang dihasilkan dari Xinjiang atas kebimbangan ia dibuat oleh buruh paksa minoriti Muslim Uyghur.

Melaporkan mengenai isu ini, media tempatan juga memaklumkan bahawa Kerajaan China ketika ini sedang meneruskan tindakan keras terhadap industri hiburan.

China telah mengarahkan tindakan menyeluruh untuk membersihkan industri hiburan, dengan pengawal seliaan penyiaran bergerak untuk mengharamkan bintang filem dengan politik “tidak betul”, had gaji dan mengekang budaya peminat selebriti.

Sebelum ini, pemain piano Li Yundi telah ditangkap kerana meminta pelacur pada Oktober 2021, di mana tindakan tersebut adalah sebahagian daripada tindakan keras yang lebih meluas terhadap sektor industri hiburan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: