Antarabangsa

Kabinet Israel Ketawakan Ratusan Pelarian Ukraine Dipaksa Melacur

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 22 Mac 2022 – Beberapa menteri kabinet Israel tertawa terbahak-bahak dengan jenaka Menteri Kewangan Avigdor Lieberman bahawa ramai Datuk Bandar Israel cuma mahukan perempuan-perempuan Ukraine dan bukannya ikhlas mahu menyelamatkan pelarian-pelarian Ukraine.

Kebelakangan ini, media Israel banyak membuat laporan mengenai kegiatan memaksa ratusan pelarian wanita Ukraine menyertai industri pelacuran memberi perkhidmatan seks kepada rakyat Israel sebagai balasan kerana menyelamatkan mereka daripada kancah perang.

BACA: Presiden Ukraine Diselar Netizen Susulan ‘Posting’ Sokong Israel

BACA: Hak Asasi Pekerja Seks Malaysia – Pesuruhjaya SUHAKAM

BACA: Transgender Bukan Kesalahan, Jadi Salah Bila Jadi Pelacur – Pesuruhjaya SUHAKAM

Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perundangan Israel juga telah menerima maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral ini, menurut laporan Saluran 12 televisyen Israel.

Sindiket pelacuran Israel dilaporkan telah memperdayakan ratusan wanita dan gadis Ukraine dengan bantuan kewangan untuk membantu mereka melarikan diri dari perang, rentas sempadan negara dan menaiki kapal terbang ke Israel.

Apabila sampai sahaja mereka di Israel, mereka kemudian dipaksa untuk memberi perkhidmatan seks sebagai bayaran kepada bantuan kewangan yang telah mereka terima untuk melarikan diri.

Sebelum ini, akhbar Jerusalem Post pernah melaporkan bahawa terdapat 14,000 orang pelacur di Israel, 95% daripada mereka adalah perempuan, termasuk 3,000 daripada pelacur itu adalah terdiri daripada kanak-kanak di bawah umur.

Leave a Reply

Back to top button