Tempatan

Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2023 – Penyanyi, Namewee menggesa Kerajaan menghalalkan pelacuran.

Kenyataan ini dikeluarkan dalam Facebooknya susulan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu dan menutup 4 premis pelacuran di Jalan Petaling, lapor portal tempatan.

Selain itu, menurut laporan, Namewee yang bersimpati dengan wanita-wanita yang ditahan turut mencabar pihak polis untuk menangkap pencuri, pembunuh dan penipu jika benar mereka berani.

BACA JUGA: 5 Aspek Diutamakan Dalam Semakan Semula Kategori Pendapatan Isi Rumah

BACA JUGA: ‘Parti Liar’ Genting Highlands Diserbu, 28 Ditahan

BACA JUGA: Kerajaan Digesa Selesaikan Isu Kurang Tenaga Kerja Kesihatan, Gaji Rendah, Limpahan Pesakit

Malah, dia turut mencabar pihak polis untuk menayangkan gambar mereka yang ditangkap sepertimana gambar-gambar wanita yang ditahan dimuat naik.

Mengenai penghalalan pelacuran, Namewee mendakwa bahawa melalui penghalalan itu, ia dapat mengurangkan kadar serangan seksual malah mengurangkan peluang perempuan simpanan memusnahkan keluarga.

Di samping itu, dakwanya lagi, Kerajaan mampu mengawal selia pemilik, penggunaan kondom dan mengawal penyebaran penyakit kelamin secara berkesan serta menyediakan penilaian fizikal secara berkala untuk pekerja seks yang terlibat.

“Ia adalah konsep yang sama seperti menghalalkan ganja dan perjudian. Jika ia diharamkan ia akan kekal dalam masyarakat. Adalah lebih baik untuk menghadapi isu itu secara langsung, menyelesaikannya dan menukar kerugian berganda kepada win-win situation,” katanya lagi dalam Facebook menurut laporan portal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: