Antarabangsa

30 Tahun Perobohan Masjid Babri, Jemaah Wanita Protes Tunai Qunut Nazilah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAIDABAD, 06 Disember 2022 – Sempena 30 tahun berlakunya tragedi perobohan Masjid Babri pada 6 Disember 1992, jemaah wanita Islam Saidabad membuat protes menunaikan solat Qunut Nazilah di perkarangan Hazrat Ujale-Shah Eidgah.

Menurut laporan media antarabangsa, jemaah wanita dari Saidabad dan kawasan sekitarnya telah menunaikan solat sunat itu beramai-ramai dan membawa sepanduk yang menunjukkan protes terhadap perobohan masjid itu.

Mereka turut menggesa umat Islam meraikan 6 Disember sebagai ‘Hari Hitam’ kerana Masjid Babri telah dimusnahkan pada tarikh tersebut secara haram dan menerusi konspirasi yang lebih besar.

“Walaupun hakikatnya tanah kepunyaan masjid, telah diserahkan untuk pembinaan Kuil Ram secara sah, masyarakat Islam tidak akan pernah melepaskan tindakan perobohan itu dan menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam untuk berusaha membina semula Masjid tersebut,” tegas mereka.

Mereka turut berkata, “Akan ada usaha berterusan oleh ahli masyarakat sehingga Masjid Babri dibina semula di tempat yang sama.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: