Tempatan

17,613 Pelajar Universiti Terpaksa Berhenti Kerana Masalah Kewangan dan Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 06 Mac 2022 – “Seramai 17,613 pelajar universiti awam tidak meneruskan pengajian tahun lalu.”

“Antara faktor menyumbang pelajar menangguhkan pengajian mereka kerana masalah kesihatan peribadi atau keluarga, masalah kewangan dan untuk mendapatkan kerja.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YAB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Amanah Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang bertanya sama ada kementerian mempunyai data jumlah pelajar universiti awam dan swasta yang tidak melanjutkan atau yang menangguhkan pengajian disebabkan status sosioekonomi keluarga ataupun kesihatan mental mereka.

Beliau memaklumkan bahawa kementeriannya sudah pun mengambil langkah membantu pelajar yang berdepan masalah menerusi pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Antaranya, pihak universiti memberi keanjalan dalam menentukan kaedah PdPR, termasuk ujian dan penilaian.”

Sebagai tambahan, pihak kementerian juga menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar, termasuk kategori B40,” ujar beliau dengan lebih jelas lagi.

Menteri Pendidikan Tinggi itu turut memaklumkan unit kaunseling dan bimbingan di universiti awam juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada pelajar yang mengalami tekanan emosi atau mental.

“Ada hampir 150 kaunselor dan ahli psikologi bersedia membantu pelajar yang memerlukan khidmat berkenaan, yang diadakan secara fizikal di kampus, dalam talian (e-kaunseling) dan juga melalui talian hotline (tele-kaunseling),” ujar beliau sekaligus mengakhiri pembentangan dalam sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: