Tempatan

Dr Mohd Amir, Pelajar Malaysia Pertama Menang Pingat JK Williams

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGSAR, 19 Februari 2022 – Pelajar Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Amir Mukhsin Zurin Adnan telah memenangi Pingat Emas JK Williams 2020, satu anugerah yang paling berprestij yang dianugerahkan kepada calon terbaik dalam peperiksaan antara kolej di England.

Beliau memenangi pingat tersebut pada Peperiksaan Keahlian dalam Ortodontik, Royal College of Surgeons of England baru-baru ini. Pencapaian ini dimaklumkan pihak UM dalam catatan Facebook university itu pada Selasa 15 Februari 2022. Dr Amir akan menerima anugerah tersebut pada 8 Mac ini.

“Tahniah kerana menjadi pelajar pertama dari Malaysia memenangi pingat itu. Kami mendoakan kejayaan anda selanjutnya,” tambah kenyataan itu.

Selain itu, beliau juga akan menerima Ijazah Sarjana Ortodontik pada Konvokesyen Universiti Malaya ke-61 Mac ini di Dewan Tunku Canselor.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad, melalui catatan Facebook beliau, pingat ini merupakan anugerah antara kolej yang paling dihormati oleh Royal College of Surgeons of England dan Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow for the Most Outstanding Performer dalam Intercollegiate Membership in Orthodontics (MOrth) Examination yang diadakan di London.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati seorang pakar Ortodontik terhormat dan terkemuka di United Kingdom (UK), Mendiang Encik John Kay Williams yang telah menulis banyak buku teks dalam bidang Ortodontik serta memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan perkhidmatan ortodontik di UK.

Dr Amir sebelum ini juga pernah memenangi hadiah penyelidikan semasa penyertaan beliau dalam Forum Pascasiswazah ORMCO SEA pada 18 Julai 2021.

Leave a Reply

Back to top button