Tempatan

Pembangunan Semula Stadium Shah Alam Akan Bermula Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 28 November 2022 – Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam dijangka akan dimulakan pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam persidangan DUN negeri itu.

Menurutnya, pemaju lantikan negeri, MRCB sedang memuktamadkan konsep dan rancangan pembangunan stadium serta kemudahan sekitarnya iaitu Stadium Malawati, Stadium Mini Shah Alam dan Shah Alam Extreme Park.

“Garis masa terlewat sedikit kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 tetapi kini disegerakan,” katanya.

“Kita juga sedang menunggu kajian integriti, penting untuk menentukan kestabilan tanah.”

Jelasnya, pembangunan itu bukan sahaja merangkumi kemudahan sukan dan riadah tetapi juga merangkumi komponen komersial untuk memacu lagi aktiviti ekonomi, memberi peluang kepada kawasan itu untuk berdikari pada masa hadapan.

“Kami telah menerima maklum balas awal yang baik daripada orang ramai berikutan pengumuman kedua untuk projek itu (pada September).”

Sebelum ini, struktur sedia ada dilaporkan akan diroboh untuk menangani masalah banjir kilat dengan menaikkan padang boleh alih baharu.

Stadium berwajah baru itu juga dijangka dapat menampung antara 35,000 dan 45,000 penonton.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: