Tempatan

Anak Muda Kita Tiada Tempat Untuk Bersukan – Mantan Timbalan Menteri Belia & Sukan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 – Kekurangan kemudahan sukan awam menjadi punca majoriti remaja terutamanya daripada keluarga B40 tidak aktif secara fizikal, kat mantan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Ti Lian Ker.

Menurutnya, kebanyakan kawasan lapang diperuntukkan untuk sukan awam dijual oleh majlis tempatan kepada pemaju demi mengaut keuntungan.

BACA JUGA: NGO Rayu Sabah Ditukar Kepada Negara Dengan Lapan Negeri

BACA JUGA: Harga Barang Dijangka Naik 20 Peratus Menjelang Oktober

BACA JUGA: Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan

“Tambahan pula, kerajaan tempatan tidak mendapat wang yang mencukupi untuk menyelenggara kawasan yang tinggal,” katanya.

Oleh itu, beliau menggesa Kerajaan menyediakan lebih banyak pembiayaan untuk sukan bukan pertandingan, sebagai satu cara untuk memupuk gaya hidup sihat dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan.

“Kerajaan mesti memandang serius hal ini, untuk memupuk gaya hidup yang lebih baik dan mengurangkan kos menjaga kesihatan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mendedahkan statistik yang menunjukkan empat daripada lima remaja tidak aktif secara fizikal, manakala hanya dua daripada setiap tiga yang agak aktif, masih pada tahap tidak beberapa aktif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: