Tempatan

Syarat Permohonan Lesen Mewajibkan Pemasangan GPS – APAD

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 28 November 2022 – Pemasangan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang berfungsi dengan baik adalah mandatori sebagai syarat permohonan lesen.

Demikian makluman dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di Facebook rasminya kepada semua pengendali, pemegang lesen kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan barangan.

Menurut makluman agensi tersebut, sekiranya permohonan gagal mengemukakan GPS yang lengkap, permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Syarat pemasangan GPS itu adalah selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Penguatkuasaan Syarat Am bagi Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP).

Selain itu, tujuan perkara tersebut dimasukkan sebagai salah satu syarat permohonan lesen adalah bagi memantau dan merekodkan semua perjalanan.

“Pemantauan dapat memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam di tahap yang baik dan berkualiti.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: