Tempatan

Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang Dijangka Langgar Semenanjung Selama Seminggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – Ramalan cuaca signifikan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan pantai barat Semenanjung akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama pada waktu pagi.

Ramalan tersebut dijangka bermula hari ini, 22 November 2022 sehingga Isnin hadapan, 28 November 2022.

METMalaysia yang mengeluarkan kenyataan itu memaklumkan, ia adalah berdasarkan analisis model-model cuaca serta penumpuan angin yang dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata;

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama pada sebelah pagi di pantai barat Semenanjung.”

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: