Antarabangsa

Ribuan Ayam Mati Akibat Wabak Selesema Burung H7 Di Afrika Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 30 Jun 2023 – Afrika Selatan melaporkan dua wabak selesema burung H7 yang sangat patogenik dalam ayam di timur Johannesburg, kata Pertubuhan Kesihatan Haiwan (WOAH) yang berpangkalan di Paris, Isnin lalu.

Katanya, secara keseluruhan, 9,500 ladang ayam mati akibat virus tersebut di bandar Victor Khanye, wilayah Mpumalanga, dengan satu lokasi melibatkan 2,000 ekor ayam dan satu lagi lokasi melibatkan sebanyak 7,500 ekor ayam.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, virus yang dikesan ialah H7 di mana ia berbeza daripada H5N1 yang pernah membunuh ratusan juta burung di seluruh dunia.

BACA JUGA: Rejim Zionis Racun Tanah Palestin, Dedah New York University

BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara – JAKIM

Dalam perkembangan berlainan, wabak itu dipercayai bermula di ladang kecil di Delmas kira-kira dua minggu lalu sebelum ia merebak ke ladang komersial yang lebih besar di kawasan itu.

Menurut Izaak Breitenbach, seorang pengurus besar bahagian ayam pedaging dari Persatuan Ayam Afrika Selatan (SAPA), masalah itu “sama sekali tidak terkawal”.

Ujar beliau, ia membimbangkan apabila terdapat burung yang positif terhadap virus tersebut.

Ia sekali gus memberi peluang untuk virus tersebut merebak daripada burung liar kepada ayam dalam lebih banyak wabak berbanding tiga wabak yang pernah dilihat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: