Antarabangsa

Polis Indonesia Jamin Perhimpunan LGBT Asean Tidak Berlangsung Di Jakarta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 15 Julai 2023 – Polis Metro Jaya memberi jaminan bahawa perhimpunan LGBT ASEAN tidak akan berlangsung di Jakarta atau kawasan lain di Indonesia.

Menerusi sebuah laporan, jurucakap Polis Metro Jaya, Hirbak Wahyu berkata, pihaknya sudah memantau perkara itu dari awal sejak tular laporan mengenai rancangan mengadakan perhimpunan LGBT di negara tersebut.

Ujarnya, “Selepas mendapat maklumat mengenai perhimpunan itu, kami terus melakukan siasatan untuk memastikan kesahihannya. Kami juga menyiasat adakah pihak penganjur sudah mendapatkan permit atau kebenaran daripada pihak berkaitan.”

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam

Sementara itu, penganjur perhimpunan Queer Advocacy Week ASEAN turut mengesahkan pembatalan perhimpunan itu namun mereka akan mencari lokasi lain di luar Indonesia.

“Kami membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan LGBT ASEAN di Jakarta selepas mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Keputusan itu juga dibuat demi keselamatan semua pihak kerana kami jelas, ramai yang kurang senang dengan komuniti ini,” kata agensi tersebut.

Mengulas lanjut, Hirbak Wahyu menegaskan, polis akan sentiasa memantau agar tiada satu pun program berkaitan LGBT berlangsung di Jakarta dalam masa terdekat atau akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: