Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam
RAUB, 14 Julai 2023 – “Jenayah tetap jenayah,” kata Dato’ Haji Mohd Fakrunizam Bin Haji Ibrahim ketika mengulas tentang penceroboh haram durian Musang King di Raub.
Pengerusi Anti Diskriminasi Dan Salah Laku itu menegaskan bahawa semua pihak seharusnya menghormati keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.
BACA JUGA: Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat
“Apa yang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi kita kena follow order, follow arahan mahkamah. Itu adalah yang terbaik,” katanya ketika menghadiri satu himpunan di mana lebih 50 wakil NGO bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama-sama membuat laporan polis ke atas pimpinan DAP yang menyokong pencerobohan tanah secara haram di Raub dan penceroboh-penceroboh durian haram di Raub.
Mengulas lanjut Dato’ Fakrunizam berharap kerajaan Negeri dan mereka terlibat meneliti masalah itu dan mengambil jalan penyelesaian yang tidak menyisihkan orang Melayu.
“Utamakanlah orang Melayu. Orang Melayu di Malaysia, di Raub, ingat ini tanah kita, kita nak lari mana lepas ini? Jaga tanah kita, tempat kita. Pemimpin tolong la jaga amanah ini,” rayunya.
Jelasnya, penceroboh-penceroboh ini tidak layak untuk diberikan perhatian sedangkan ramai lagi yang lebih layak perlu diutamakan.
“Bukan setakat kaum Cina sahaja, kaum Melayu juga ada yang tidak mempunyai tanah dan telah memohon berpuluh-puluh tahun lamanya. Mereka pun tak ada tanah. Kenapa golongan ini dipermudahkan untuk mendapatkan tanah?”
“Jangan kata mereka berjasa kepada rakyat. Veteran-veteran tentera lebih layak diberi keutamaan kerana mereka banyak berjuang untuk negara. Memerah keringat, air mata darah demi kemerdekaan negara,” tegasnya.