Tempatan

Pengeluar KWSP Akan Melarat – CAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

GEORGE TOWN, 25 Ogos 2022 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memaklumkan dalam satu kenyataan mengenai situasi sukar yang akan dihadapi pengeluar KWSP pada masa hadapan susulan pengeluaran simpanan yang dibuat melalui i-Lestari serta i-Sinar pada 2020, i-Citra pada Julai 2021 dan pengeluaran khas pada Mac 2022.

Dana tersebut yang sepatutnya berfungsi sebagai pencen itu terpaksa dikeluarkan ahli KWSP bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun 2020.

Kebimbangan terhadap keputusan Kerajaan itu pernah diberi amaran oleh CAP namun, tidak diendahkan dan kini, ia terbukti apabila media semasa melaporkan pada awal Ogos lalu di mana, ahli KWSP telah mengeluarkan sejumlah RM145 bilion di bawah empat program, dan hampir RM10 bilion lagi adalah kesan daripada program pengurangan kadar caruman berkanun saham pekerja. Oleh itu, jumlah keseluruhan membawa kepada kira-kira RM150 bilion.

“Hasil daripada pengeluaran itu, seramai 6.62 juta (52%) ahli daripada 12.78 juta ahli KWSP berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 manakala, 3.2 juta lagi (25.04%) daripada kumpulan umur yang hampir sama mempunyai kurang daripada RM1,000 simpanan KWSP.”

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berpandangan bahawa, kesan daripada gabungan pekerja mengeluarkan simpanan mereka dan pengurangan kadar caruman berkanun itu telah memaksa KWSP menjual asetnya bagi membayar dividen sebanyak 6.10% untuk simpanan konvensional dan 5.65% untuk Simpanan Syariah bagi 2021 berjumlah RM56.8 bilion.

“Bagaimana semua ini boleh berterusan!” katanya.

Mengakhiri kenyataan yang dibuat melalui laman Facebook itu, beliau berkata, “Dalam situasi yang mencabar ini, Kerajaan tidak boleh membenarkan wang simpanan pekerja terhakis bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Maka, penubuhan sebuah tabung dan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan haruslah dilakukan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: