Ternak Ayam Ladang Babi: Bukti Penguatkuasaan Lemah, CAP Gesa Siasat Semua Ladang
GEORGETOWN, 13 Julai 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan isu ternakan ayam di ladang babi sebagai bukti tahap penguatkuasaan yang lemah sekali gus menggesa semua ladang babi disiasat.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, “CAP tidak faham bagaimana ia boleh beroperasi tanpa lesen sejak sekian lama dan ini secara tidak langsung menunjukkan tahap penguatkuasaan yang lemah.”
Beliau kemudiannya menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk menyiasat segera semua ladang babi supaya kejadian sama tidak berlaku di tempat lain.
“Pihak berkuasa juga perlu buat siasatan menyeluruh dan siasatan itu perlu didedah kepada orang ramai,” tambahnya.
BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Suri Rumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen
BACA JUGA: Gagal Pertahan LGBTQ, Kumpulan NGO Liberal Desak Pesuruhjaya SUHAKAM Letak Jawatan
BACA JUGA: Azalina Cadang Akta Baharu, Mahu Pesalah 3R Dikenakan Denda
Dalam pada itu, Mohideen menjelaskan, “Berdasarkan kenyataan DVS semalam, pemilik ladang mendakwa ayam berkenaan hanya dihantar dan dijual kepada pembeli bukan Islam namun kita tidak pasti. Sekiranya mereka ada lesen, sudah tentu pihak berkenaan tahu mengenai operasi ladang itu.”
Lantaran itu, beliau berpendapat, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pemilik ladang berkenaan sebagai pengajaran buat orang lain.
Terdahulu, tular di TikTok sebuah video yang menunjukkan ayam diternak di dalam kandang babi. DVS telah mengenakan kompaun sekali gus mengeluarkan notis pengosongan ladang, penutupan serta pemberhentian operasi terhadap ladang babi tersebut.