Tempatan

Pencemaran Toksin Kulat Ancam Penternak Kecil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 13 Julai 2023 – Pencemaran toksin kulat dalam dedak haiwan mengancam penternak kecil sepanjang musim kemarau.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Dr Nik Iskandar Putra Samsudin berkata pencemaran toksin itu akan menjadi lebih teruk ketika negara mengalami fenomena El Nino yang menyebabkan musim kemarau berpanjangan dan penurunan taburan hujan

BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Suri Rumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen

BACA JUGA: Air Bukit Beracun, Hampir 50 Ekor Lembu Maut

BACA JUGA: Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH – Pakar Komunikasi

“Toksin itu juga dikenali sebagai mikotoksin, dihasilkan oleh jenis kulat tertentu yang boleh menjangkiti tanaman seperti jagung, gandum, dan kacang soya, yang lazim digunakan dalam formulasi dedak haiwan ternakan.”

“Pola iklim khatulistiwa di Malaysia dan negara serantau yang panas dan lembap sepanjang tahun sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat dan penghasilan toksinnya, malah keadaan lebih teruk sepanjang musim El Nino.”

Jelasnya, pencemaran tersebut akan menimbulkan risiko besar kepada kesejahteraan haiwan ternakan serta kestabilan ekonomi penternak kecil.

Selain itu, pencemaran mikotoksin dalam dedak haiwan ternakan juga dipengaruhi oleh amalan pengurusan ladang dan kaedah penyimpanan dedak.

Oleh itu katanya, ujian berterusan dan pemantauan berkala dedak haiwan tersebut penting bagi pengesanan awal dan pencegahan pencemaran mikotoksin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: