Antarabangsa

Didera Secara Verbal & Fizikal, Kadar Kematian Ibu Bersalin Berketurunan Afrika Tertinggi Di Benua Amerika

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Julai 2023 – Kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dalam kalangan wanita berketurunan Afrika di benua Utara dan Selatan Amerika berkemungkinan adalah disebabkan hal perkauman yang dilakukan oleh pekerja kesihatan.

Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi sebuah laporan yang dikeluarkan oleh United Nations Population Fund (UNFPA), di mana menurut laporan tersebut, hal perkauman yang dilakukan itu adalah berbentuk penderaan verbal dan fizikal.

BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Suri Rumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen

BACA JUGA: Air Bukit Beracun, Hampir 50 Ekor Lembu Maut

BACA JUGA: Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH – Pakar Komunikasi

Laporan yang sama turut menyatakan bahawa para penyelidik mereka membantah dakwaan yang mereka sifatkan sebagai salah faham, yang menyatakan bahawa gaya hidup serta genetik wanita kulit hitam adalah sebab bagi masalah kelahiran.

Penyelidikan yang bersumberkan data kerajaan serta kajian-kajian terbitan lalu itu juga telah menemukan bahawa wanita berketurunan Afrika berdepan dengan kekurangan yang berakarkan andaian perkauman dalam pendidikan kesihatan, pembuat polisi serta perlakuan perkhidmatan kesihatan.

Sebagai contoh, ramai doktor yang mempelajari bahawa orang kulit hitam akan kurang merasakan kesakitan disebabkan kulit mereka yang lebih tebal dan lebih jarang berhadapan dengan pendarahan selepas bersalin kerana darah mereka akan beku dengan lebih cepat, dan pelajaran sebegini adalah salah.

Particia Da Silva, penasihat program Initiative for People of African Descent bagi UNFPA menyatakan bahawa polisi kesihatan kelahiran jarang-jarang mengambil kira tentang perbezaan kaum bagi hasil polisi yang dibuat.

Justeru, beliau kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan mesti memastikan bahawa data diambil dan dianalisa dengan cara yang membolehkan kepada penghasilan polisi-polisi bersasar yang dapat merapatkan jurang di dalam kualiti penjagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: