Tempatan

Air Bukit Beracun, Hampir 50 Ekor Lembu Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI PETANI, 13 Julai 2023 – Sebanyak 43 ekor lembu maut dipercayai terminum air bukit yang mengandungi racun dari sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Toh Pawang, Bedong, menyebabkan kerugian mencecah RM200,000.

Seorang penternak, N. Yugesh, 25, berkata, kebanyakan lembunya yang mati dalam kejadian itu berusia antara setahun hingga lima tahun.

BACA JUGA: Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH – Pakar Komunikasi

BACA JUGA: Azalina Cadang Akta Baharu, Mahu Pesalah 3R Dikenakan Denda

BACA JUGA: Malaysia Catat 26.8 Juta Pengguna Media Sosial Setakat Januari 2023, YouTube Paling Tinggi

“Kami dapati semua lembu yang mati telah minum air bukit tidak jauh dari kandang. Kesemua haiwan ini dilepaskan untuk mencari makanan mulai pukul 10 pagi hingga 6.30 petang,” katanya.

Seorang lagi penternak, Thines Krishnan, 35, berkata, beliau menyedari kejadian itu setelah seekor daripada ternakannya ditemukan mati berhampiran parit kecil kira-kira pukul 7 petang, Rabu minggu lalu.

“Seekor lagi lembu mati selang sejam kemudian dan sehingga Sabtu lalu sahaja seba¬nyak 18 ekor lembu dijumpai mati dengan mulut berbuih.”

Menurutnya, pegawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Daerah Kuala Muda telah mengesahkan lembu itu mati kerana terminum racun setelah membuat pemeriksaan dan siasatan.

“Laporan telah dibuat di Balai Polis Bedong berhubung kejadian dan kita meminta pihak berkaitan menyiasat lanjut tentang air beracun tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes berkenaan telah dirujuk kepada JPV bagi menunggu siasatan selanjutnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: