Tempatan

RM100 Untuk Penternak Sempena Aidiladha

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TERENGGANU, 02 Julai 2022 – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada tanggal 10 Julai 2022, Ahad, Kerajaan Terengganu dalam satu laporan dikatakan akan memberi insentif sebanyak RM100 kepada penternak ruminan dan berskala kecil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Azman Ibrahim memberitahu bahawa insentif itu akan membantu meringankan beban kira-kira 1,000 orang penternak di seluruh negeri, yang terkesan dengan kenaikan harga makanan ternakan sejak kebelakangan ini.

“Ia juga tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rungutan penternak berkaitan isu kutipan fi kebenaran atau permit sembelih luar daripada rumah sembelihan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu untuk ternakan bagi tujuan korban atau aqiqah pada Aidiladha nanti,” ujar beliau mengenai kutipan fi sebanyak RM35 bagi kebenaran atau permit sembelih luar daripada rumah sembelihan. Perkara itu telah diwartakan di seluruh negara di bawah Seksyen 82 Akta Binatang 1953 [Akta 647 (Penetapan Pusat Veterinar dan Fi Bagi Perkhidmatan Lain).

“Peraturan fi bayaran yang dilaksanakan sejak 2009 bukan hanya membabitkan di negeri ini, malah di seluruh negara, tetapi tidak dikuatkuasakan Kerajaan selepas mengambil kira situasi dilalui rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.”

Tambah Azman Ibrahim, kerajaan negeri perlu melaksanakan undang-undang serta peraturan termasuk mengenakan kutipan fi tersebut kerana ia bagi memastikan ternakan yang disembelih bebas daripada penyakit serta menjamin keselamatan daging sembelihan.

“Bantuan berkenaan boleh diistilah sebagai duit raya Aidiladha untuk semua penternak kerana fi bayaran hanya dikenakan RM35, tetapi kerajaan negeri pulangkan semula sebanyak RM100,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: