Tempatan

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Ibu Untuk Islamkan Semula 2 Anak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 April 2022 – Mahkamah Persekutuan dua hari lalu telah menolak permohonan rayuan seorang ibu mualaf yang memohon supaya agama 2 orang anaknya ditukarkan semula kepada Islam.

Berpandukan keputusan mahkamah terdahulu dalam kes Indira Gandhi, panel tiga hakim tersebut telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang berpihak kepada bekas suaminya yang beragama Buddha.

Ibu tersebut (nama dirahsiakan) dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan telah mengemukakan permohonan rayuan apabila Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan ibu tersebut mengislamkan anaknya tanpa persetujuan bekas suaminya adalah tidak sah.

Panel yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rohana Yusuf dua hari lalu menggunakan alasan bahawa mahkamah perlu mengikut keputusan kes Indira Gandhi berpandukan doktrin ‘stare decisis’, sebuah doktrin perundangan yang merujuk kepada ‘kewajiban’ mahkamah untuk mengikut prinsip keputusan terdahulu.

“Berkenaan isu stare decisis, mahkamah menegaskan bahawa ianya adalah pendirian mahkamah yang mahkamah perlu mengikut doktrin tersebut dengan tegas untuk memastikan ketuntasan undang-undang.”

“Dan kami nyatakan bahawa ini bukanlah sebuah kes yang baik dan sesuai untuk kami berpaling dari keputusan kami terdahulu,” tegas beliau.

Kes Indira Gandhi adalah sebuah kes yang dahulunya heboh diperkatakan, di mana ia berkaitan perebutan penjagaan anak antara Indira Gandhi dan suaminya yang telah memeluk Islam.

Kes tersebut juga ‘melarang’ sesebuah pihak untuk menukarkan agama anak mereka tanpa persetujuan pasangannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: