Tempatan

Pelancaran Perlembagaan Bahasa Melayu & Kemelut Isu Berkait Pemelukan Islam Kanak-Kanak Dari Perkahwinan Bukan Islam – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMUNCULAN SATU LAGI PERTIKAIAN KEPERLEMBAGAAN BERKAITAN PEMELUKAN AGAMA ISLAM ANAK-ANAK DARI PERKAHWINAN BUKAN ISLAM & ISU KEPERLEMBAGAAN & PELANCARAN TEKS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DALAM BAHASA KEBANGSAAN !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

1. Sejak berdekad lalu, terdapat pelbagai pertikaian berkaitan pemelukan ke agama Islam oleh kanak-kanak bawah umur hasil daripada perkahwinan asal antara pasangan bukan Islam, di mana salah seorang daripada pasangan kemudiannya memeluk agama Islam dan turut mengislamkan anak-anak berkenaan.

2. Jurnal perundangan Malaysia banyak menceritakan berhubung kemelut pertikaian ini, di mana pada tahun 2008, MAHKAMAH PERSEKUTUAN dalam kes Subashini a/p Rajasingam v Saravanan a/l Thangathoray (Kes SUBASHINI) antara lain, dalam menggunapakai frasa “ibu atau bapa” yang wujud dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) berkaitan pemelukan agama oleh anak bawah 18 tahun, telah mengesahkan bahawa mana-mana pemelukan anak terbabit ke agama Islam oleh mana-mana satu daripada ibu ATAU bapa, adalah SAH dan BETUL, untuk menjadikan anak berkenaan seorang anak Muslim.

3. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, satu lagi persidangan MAHKAMAH PERSEKUTUAN dalam kes M. Indira Gandhi v Muhammad Riduan Abdullah (Kes INDIRA GANDHI), telah menampilkan persoalan tentang kewujudan sah mana-mana Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) pada ketika itu, dan mengambil langkah untuk menggunapakai frasa “parent” di dalam Perkara 12(4) dan takrifan di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan (Versi asal dalam Bahasa Inggeris), bahawa “satu” (“singular“} merangkumi yang “banyak”(“plural“), untuk memutuskan bahawa pemelukan anak bawah 18 tahun, PERLU dan WAJIB kebenaran atau persetujuan KEDUA-DUA “ibu” dan “bapa”.

4. Walhal, pindaan untuk memasukkan Perkara 160B dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2001, telah mewujudkan proses mengadakan Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu), yang memperuntukkan bahawa, apabila ianya wujud, adalah menjadi VERSI yang SAH dan TERATUR, bagi tujuan pemakaian peruntukan Perlembagaan Persekutuan, sebagai undang-undang tertinggi negara!

5. Ada juga laporan media yang menunjukkan bahawa pada tahun 2003 telah adanya satu Majlis Pelancaran Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) oleh Kebawah Duli YANG DI-PERTUAN AGONG, yang menampilkan persoalan, “Sekiranya pernah diadakan satu Majlis Pelancaran berkenaan, bukankah ianya mengesahkan kewujudan satu Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) yang SAH dan TERATUR, yang wajib dipakai sebagai undang-undang tertinggi negara sejak 2003?!”
(Link Laporan : https://www.samudera.my/teks-sahih-perlembagaan-bahasa…/ & https://www.samudera.my/teks-bahasa-melayu-perlembagaan…/)

6. Dalam satu kes baru-baru ini , MAHKAMAH PERSEKUTUAN yang bersidang pada 26.01.2022, telah enggan untuk menziarah semula isu pertikaian keperlembagaan dan perundangan ini, dengan menolak Usul Permohanan Kebenaran Merayu ke MAHKAMAH PERSEKUTUAN oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pendaftar Muallaf Selangor, antara lain atas alasan bahawa Kes INDIRA GANDHI telah menyelesaikan kemelut perundangan itu.

7. Namun, secara tiba-tiba dalam seminggu dua ini, muncul pula pendedahan berita yang melibatkan pertikaian seorang ibu bukan Islam bahawa kononnya tiga orang anaknya yang bawah umur telah diislamkan oleh bapa kandung anak-anak berkenaan tanpa kebenaran ibu itu, dan telah dipisahkan daripadanya untuk tempoh beberapa tahun, sehingga dapat berjumpa untuk seketika baru-baru ini, dan anak-anak itu kini ditempatkan dengan persetujuan ibu itu di dalam penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga penyelesaian pertikaian yang perlu.

8. Sememangnya, kesahihan fakta yang benar dan tepat, tidak mungkin dapat ditentukan dengan pasti di tahap ini, melainkan apabila dan bilamana perkara ini ditampilkan melalui pendedahan fakta kesemua pihak terbabit melalui Afidavit di Mahkamah-Mahkamah yang berkaitan, kelak.

9. Namun, daripada kenyataan-kenyataan awalan pihak ibu, melalui wakil-wakil NGO berkaitan dan kenyataan-kenyataan awalan pihak MUFTI PERLIS DR MAZA (Mohd Asri Zainul Abidin), menampilkan keadaan bahawa isu pemelukan Islam anak-anak ini akan kembali sebagai pertikaian di medan MAHKAMAH dengan keperluan MAHKAMAH TERTINGGI MALAYSIA untuk menziarahi semula keputusan-keputusan terdahulu dalam Kes SUBASHINI (2008) dan Kes INDIRA GANDHI (2018) serta penentuan muktamad berkaitan kewujudan Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) yang SAH dan TERATUR, yang dilancarkan sebagai undang-undang tertinggi negara pada 2003.

10. Antara laporan media yang menampilkan rentetan peristiwa dan dakwaan kedua-dua pihak, yang masih belum disahkan ketepatan dan kebenarannya, boleh dilihat dalam link laporan seperti di bawah :

a. Untuk pihak ibu, sila lihat MALAYSIAKINI 17.02.2022 bertajuk “Mufti Perlis, Jaips didakwa ‘terkhilaf’ kes anak Loh peluk Islam”
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/611137)

b. Untuk pihak Pendaftar Muallaf dan Mufti Perlis DR MAZA, sila lihat FREEMALAYSIATODAY 17.02.2022 bertajuk “Pengislaman anak Loh sah di sisi undang-undang Perlis, kata mufti”
(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/pengislaman-anak…/)

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri

Pautan Asal: Facebook Haniff Khatri

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: