Tempatan

Cubaan Batal Kebenaran Tukar Agama Kanak-Kanak Unilateral, Islam Makin Tercabar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – Timbalan Pengerusi GTA, Hj Aminuddin Yahaya meluahkan kebimbangan bahawa kedudukan Islam akan jadi semakin tercabar susulan laporan pemfailan batal undang-undang penukaran agama anak secara unilateral oleh M Indira Ghandi di mahkamah baru-baru ini.

Jelas Hj Aminuddin, jika berjaya, lapan buah negeri yang masih membenarkan pengislaman anak secara sebelah pihak (unilateral) akan dengan sendirinya terbatal.

BACA JUGA: Pesta ‘Gay Boy’: Batal Lesen Premis, Rosak Nama Tun Razak

BACA JUGA: Ramadan 2023: Jangan Bazir Makanan – YDPA & Permaisuri

BACA JUGA: Kuliah Agama Tak Boleh, Pesta ‘Gay Boy’ Bulan Ramadan Boleh Pula? – Yusuf Azmi

“Hari ini kita diberitakan bagaimana Puan Indira Gandhi telah memfailkan di mahkamah bagi membatalkan undang-undang yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral.”

“Ini adalah lanjutan kemenangan beliau di mahkamah pada 5 tahun lepas yang membatalkan pengislaman 3 anak beliau oleh suami beliau yang telah memeluk Islam.”

“Jika beliau berjaya, bermakna 8 buah negeri yang masih membenarkan pengislaman anak secara sebelah pihak (unilateral) akan dengan sendirinya terbatal. Negeri-negeri ini adalah Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.”

Kata aktivis itu, bukan itu sahaja, impaknya nanti ialah, suami atau isteri yang memeluk Islam kelak tidak boleh mengislamkan anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, anak-anak mereka juga tidak boleh mengikut untuk turut memeluk Islam kerana ia mesti mendapat kebenaran dari suami atau isteri yang tidak memeluk Islam itu pula.

“Sekali lagi kedudukan Islam akan jadi semakin tercabar. Apa makna Islam sebagai Agama Persekutuan jika perkara yang semudah ini berjaya diubah?” soal beliau.

Justeru, Hj Aminuddin berharap pengamal undang-undang dan pihak berotoriti untuk segera membuat kajian komprehensif terhadap mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana dokumen dalam perundangan negara bagi mengenalpasti serta menutup mana-mana kelompongan lain yang masih ada.

“Jika tidak, saya amat bimbang satu per satu perundangan kita akan dirobek sehingga akhirnya penafsiran terhadap teks-teks perundangan negara terpaksa dilakukan mengikut rangka Barat dan Sekular sehingga tiada ruang untuk berpatah kembali kerana kegagalan masa lampau kelak (iaitu yang berlaku pada zaman kini),” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: